Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada
nabi SAW yang maksudnya: ”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW:
“Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang
kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”
(al-Bukhari)
Huraian:
Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa
memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan
ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya
ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.”
Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
Nurulidani Mahmud
No comments:
Post a Comment